Tuesday, 17 June 2014

DEMAM EXAM Oiiiiii... ($_@)

Assalamualaikum.....
woot woot..berhabuk da blog ni..nampak sgt lama x bukak..hmm..sibuk sgt..haha..lama gila rasa x post entry baru kat blog..huwa3..time exam ni jgk le baru rasa nak bukak..wink2..a lot of story to story mory la..sem 2 ni..mcm2 bnda baru aq buat...ngee..sem ni aq amik 7 sbjek tp 6 je yg ada paper..semalam baru je abis paper kaedah kuantitatif dlm geografi..OMG soalan dy..mcm nk nangis je jwb..ada 3 soaln je..tp rasa mcm jwb 10 soaln..hmm..susah gila..so tricky soalan dy..harapan nk dpt A tu mcm da kelaut je..tp dlm hati still berharap...ok x pe..benda da lepaskan ..nk buat mcm mna lg..tawakal jela..kita da usahakn..so tunggu je result nntikan..terima seadanya..banyak mana usaha kita..byk tu jgk la kita dapatkan..so fokus untuk next paper..Geomorfologi ngn Analog..paper yg killer jgk...Next cerita..heeee...MASUM sem ni aq da x main netball da...nak taw main ape??..hehe..main sukan yg aq x penah main pon..for the first time main..
nak taw??tgk gambar ye..







ok nama sukan ni  ROWING..nama melayu sukan mendayung...haha..boleh kira adik beradik ngn kayak la..mula2 join mmg takot gila..tipu kalau x takot..elok2 main sukan atas tanah je..x pasal2 main atas air plak..haha..mula2 turun air memang sakan la aq jerit..takot gila..bukan takot ape..takot capsize je dlm air tu..dalam kot...bukannye training kat kolam renang..training kat empangan kot..besar gila..kalau x caye tgk gambar kat bawah ni..aq training kat 2 tempat..empangan batu ulu yam dgn tasik putrajaya..sebb game nanti kat putrajaya..so kena la try jgk turun air kat putrajaya..



dorng ni semua kawan2 aq..semua kawan baru..x penah kenal pon..tapi bila da kenal..semua gila2..kaki ketawa..haha..seronok gila..ngee walaupon muka rentungkan..da jd mcm minah bangla pon ada..haha..siap dpt gelaran MODEL SK 2..sebab muka teruk sgt burn nye..haha..dulu main indoor sekarang outdoor..mau x terkejut kulit tu..mcm udng goreng pon ada da..hehe..tp x kisah la kn..nnti ok balik kulit burn tu..

dorng ni semua havoc gila..gempak..mereng semua ada..semua dorng la..haha..


need to go..x stdy lg ni..haha..kata nk upgrade result..tp stdy malas...adoiiii..masalah..
byk citer lg nk share...kalau rajin..ade la entry baru..hehe..
ok semua SELAMAT STDY..jwb exam elok2..muuuuaaaahhhhh..XOXO..
(^_^)


Thursday, 1 August 2013

RAHSIA BULAN KELAHIRAN...

Assalamualaikum...
Sharing is caring. Hari ni I nak share rahsia bulan kelahiran mengikut kajian 25 tahun Dr. Fadzilah Kamsah. Mungkin tak semua nya betul, tapi rasa-rasa nya sama tak kajian tu dengan korang ye? Jom kita check! >.<

JANUARI 
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi.


FEBRUARI 
Berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi.

MAC 
Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody. 

APRIL 
Sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu. 

MEI 
Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.


JUN 
Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea @mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya. 

JULAI 
Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain, Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja. 

OGOS 
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.


SEPTEMBER 
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik.

OKTOBER 
Suka bersembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong, bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.

NOVEMBER 
Banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER 
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi. Seronok didampingi. Suka bercampur dgn org. Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yg berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

Wednesday, 12 June 2013

RESULT FINAL SEM 1..^_^

Assalamualaikum..hye semua!!!da lama aq x update belog ni..sibuk sgt..dengan final exam nye..macam2 lagi la..hmm...cuti sem 1 da nk habis..tpnye aq cuti kat umah 2 minggu je..lepas tu da kne balik UM..sobs3x..sedey sgt..aq kne balik awal sebab ade training netball..kalau x..mmg x denye aq nk balik awal ni..


Monday, 31 December 2012

WeLcOMe 2013!!!!

Assalamualaikum..
hmmm..2012 da pon melabuhkan tirai dy semalam..and for  the 1st time celebrate new year in the library..    < huhu eventhought  x la celebrate mne pon > before 2012 say bye2 to all of us..haha..aq got very great present..guess what??ahaha..tetibe dpt assigment last minute..huh!!ape la..kiteorng nk study kot..elok je plan nk stdy geostat..terus je cncel..kene buat assigmnt pulak..adoi..tp x pe..markah tu..haha..penolong nk dpt A..so let's do the assignment!!ape lagi kiteong buat la smpai mlm..nk jugak ciapkan 1 hari..yela da la ari rbu da stat exam..due date assignmnt tu hari jumaat..and jumaat pon ade exam kot!!.alahai..andai itu takdirnye..kite ikhlaskan la hati ni..mesti ade hikmah atas semua yg berlaku kan..haha..jom tgk gmbar..last picture in 2012..

OTW balik makan kat food court..^_^

semua dok sibuk wat assignment...
arap tahun 2013 ni lagi byk sweet memory tercipta kat UM ni macam tahun 2012..haha..ending 2012 celebrate ngn stdy..opening 2013 celebrate ngn final exam..harap semua berjalan  dgn lancar..doakan kejayaan kami..

ok la..stop kat sini dulu..
let's continue study..
esok 1st paper kkm will be held at DTC..fuhhh and for sure la it will be totally cold.. = ="

p/s:plezz bring your sweater.. warning from pihak penaja..ahaha..k la..da melalut da..
see u next time..daaa!!!!!


Thursday, 27 December 2012

SuKaReLawaN Ke sTuDy weEk?????

Assalamualaikum..
ha!!!arini aq nak tulis pasal aktiviti yg aq buat semalam..1 hari yg memang penat gile ase..haha..

sukarelawan rumah org tua ---> pegi kelas intro---> sukarelawan kat stdium PJ...

haha..tak gile ke namanye tu..org lain duk sibuk stdy..aq duk sibuk join aktiviti sukarelawan...<eh aq stdy jugak la > tp nak pecah jugak otak ni klau asyik dok sumbat je..sbb tu aq join aktiviti ni..bab kata org release tension..bia la stdy x byk mne pon..huhu..1 st pgrm pegi umah org tua jln loke yew..ni rumah org tua  kedua aq pegi untuk sem 1 ni..dan sejarah berulang lagi..haha..x sah kalau pegi x sesat..aq rase da jd adat da kot.. dpt t-shirt 1M4U..mula2 dtg dorng bg 1 sorng je..time balik baju ade lebih lagi..sooo dorng bagi lagi..haha..yg lawak nye..aq ingtkn  aq amik cikit je..tup2 bila balik kolej keluarkan semua bnde..kira balik baju tu..mak ai..ade 6 helai  kot..ahaha..adoi..





lepas tu balik nk dekat pukul 3..kelam kabut pegi solat zohor..ciap terus pegi jabatan geologi tercinta tu sebab Dr.is buat kelas introduction..da la msuk lambat..tp kluarnye paling awal..eh bukan sesaje ye..ade sebab la..klau x mmg stay smpai kelas abis..budak baik kot..haha..pukul 5 kene pegi stadium petaling jaya..aq terlibat dgn open ceremony untuk FRENZ INTERNATIONAL CUP 2012..nmpak x ketamakan dy kat situ..selagi boleh join pgrm..semua pegi..haha..smpai nk baring kat katil pon x sempat..punye la rushingnye..adoi..tp bile fikir balik..alamak!!!next week da exam kot...huwaaaa..nk nangis golek2 ase..apk....kkm..erkkkkk..x habis bce lagi..tp x pe..kuat kn semangat..mesti boleh pnye..orng lain boleh buat aq pon boleh buat..haha..sooo wish me good luck ye..doakan aq..mmg la kalau doa je x gunekan kalau x de usaha..soo akan ku tingkat kan usaha ni..mmg kene pasang enjin turbo da skunk ni..x leh main2..

p/s: SETIAP APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA..KITA KENA PERCAYA SEMUA TU..ALLAH DAH SUSUN APA YANG TERBAIK UNTUK KITA.. ^_^

Wednesday, 26 December 2012

Da SaMpai PeNghuJUnG...

Assalamualaikum..
pejam celik pejam celik da nak abis 1 sem pon aq duduk kat UM ni..dulu 1st2 dpt tawaran ati ni x nk datang sini..tp bila da smpai..tersayang pulak kat UM ni..oppssss..hahaha..kan org slalu ckp x kenal maka x cinta..sooo da kenal..jatuh cinta da la..byk benda aq belaja kat UM..join program sukarelawan..pergi sana pergi sini..kenal orng ni kenal orng tu..haha..mmg ohsem sgt kenangan ni..haha..harap sem 2 6t..byk lagi kenangan best dpt dekat UM ni...


Tuesday, 25 December 2012

HecTiC wEeK Come Ag@iN..= ="

 Assalamualaikum..
arini nk update pasal study week..haha..ingat pulak time stdy week dekat matrik dulu..haha..best  giler kot..orng stdy week bace buku buat revision..tp kiteorng ni duk tgk movie..mmg cari nahas..tp mmg best la..petang2 pulak pegi tasik  bagi ikan makan + bg aq makan skali..haha..yela..da bg ikan mkan roti..smbil baling kat ikan..ade jugak la yg sempat masuk mulut..ikan kat tasik tu da la besar2..rndu gile kot. .najat nik speed aq rindu nk buat semua tu lagi dgn korang..lepas tu pagi2 pusing 1 KMPh behenti kejap dekat kafe B mkn roti canai..mmg ohsem sgt..


haha...mmg cubaan  dugaan semua la ade bila stdy kat bilik ni..adoi..seksa ase..soo mmg kena stdy dekat library la jwbnye..haha..kena stdy betol2..untuk kawan2 yg di syangi..GOOD LUCK UNTK FINAL EXAM NI..FIGHTING!!!!..semoga kita semua dapat result yg terbaik..^_^






Sunday, 16 December 2012

sUkMuM..^_^

Assalamualaikum..haha..
hari ni nk citer pasal sukmum..ha???hihi korng msti nk taw sukmum tu ape kn..sukmum tu sukan mahasiswa universiti malaya..hmm..aq join sukmum ni sebab aq mmg minat sukan ni..ahaksss..<walaupon sbenarnye nk dpt merit kolej tinggi >tetttttt..nmpak x permainan dy sebenarnye..haha..22 pon boley..aq join 2 acara..1st netball..2nd track & field..sebenarnye nk join pasukan handball..ahaksss tp time last selection nk di buat kan cerita..aq lari time selection..aq rase mmg betul la keputusan aq cabut lari time selection..haha..macam di restui pon ade..lawak gile time tu..ceh nk g bagi taw senior takut so aq cabut lari la..pas tu time aq nk cabut..time tu jugak la tetibe court blackout..haaaa..x ke bertuah sgt tu..ape lagi..time tu jugak aq cabut lari..haha..ngeh3..erkkkk..lepas tu senior hndball tnye..asal time last selection aq x de ..-__-..aha..ape lagi..senyum jela..mmg x de rezeki aq join handball..orng kata x payah nk tamak sgt la..so aq yg bermurah hati ni..bagi la chance kat orng lain..huhu..baik kan..kah3~~~best join sukmum ni..ciap ade kem atlet lagi tu..ha jgn main2..

ha ni group aq time kem atlet..^_^

muka xcited buka hamper..

sukmum stat betul2 lepas cuti midsem..netball antara games yg terawal..haha..aq ni mmg suke gila main netball ni..mmg da jd darah daging aq..ahaha..cewahhh..dpt pulak coach yg hensem+comel..kah3~~gila ayat aq hiperbola sungguh..tettttt..aq biase main GS..tp time sukmum kene main GK..nak buat cmne..da coach comel suruh..haha..ikut jela..perghhhh..pasrah gile..bhahahaha..adoi masalah..

netball kolej kinabalu..
haha.. PERHATIAN SEMUA !!!!nk buat announcment cikit..haha..kiteorng kalah..lepas suku akhir je..lepas tu wassalm..haha..netball setel..sooo  yg tinggal track & field..aq join ape??ahahaha..sah2 la bukan lari..mmg x mampu la..harap kaki je pnjang..tetttttt..aq join acara lontar peluru  & rejam lembing..ahaksss..dapat gelaran WANITA GAGAH PERKASA  kot..hebat giler..kah3~budak2 ni mmg la lawak..semalam baru je abis track n field ni..haha..kiteong main kat stadium UPM sebab arena x ciap lagi..utk lontar peluru aq dapt no 6 dari 19 org..kire ok la tu..lembing pulak no 4 dari 19 org jugak..nasib baik la tu..x penah training kot..haha..tp yg lawak nye..time nk g UPM tu..boleh pulak sesatnye..adoi pelik aq..nk dekat 4 kali jugak la pusing tempat yg sama..sempat tdo kot..punye la lame sesatnye..aq rase mmg semua event yg aq join..time nk g tmpat event tu..mesti sesat punye la..^_^..haha..pape pon sukmum memang best..tahun depan join lagi..kah3~~

CHAMPION..pahlawan bukt cinta..^_^

ahaha..muka penat lepas game..zariq dgn yong..

k la..penat da melalut dekat sini..soooo den nk undur diri dulu..
<sebenarnye assgmnt x ciap lagi..baju pon x jemur lagi>

XOXO =D..

assalamualaikum...





Sunday, 9 December 2012

MaSiHkaH aDa SiNar bAHaGia ...


Assalamualaikum..
untuk entry kali ni..aq nk cerita pasal pengalaman aq pegi ke rumah anak-anak yatim..walaupon ni da kali kedua aq pegi tempat cmni tp still rasa excited nk pegi sana..untuk pgrm tautan kasih bersama ank2 yatim ni..aq pegi under persatuan mahasiswa pahang..kiteorng pergi rumah kebajikan baitul hidayah dekat puchong..haha..sebelum smpai rumah tu..kitorng sesat..so lmbat jgak la nk smpainye kat sne..sempat jgak la aq tdo..kes ni sama je mcm masa aq pegi rumah orng2 tua seri kenangan hari tu..sesat jgak..tu lagi la parah nye...3 bas pegi..33 bas la sesat..kelakar kot..mmg nk pegi kene sesat dulu ek???ahaha..k la merapu pulak aq..da jom teruskan cerita..bila da smpai kat rumah tu..rasa terharu sngat bila budak2 tu smbut kiteorng dengan kompang dan bila tgk muka2 diorng rasa tersentuh sgt..


muka diorng ni nmpak gembira je semua nye..walaupon ade masalah..muka still happy..hebat la korang semua!!..Lepas tu xtiviti kat rumah tu stat dengan sesi ais breaking di conduct oleh hafizan..haha..sesi ni mmg kelakar gile..adik2 ni mmg xcited nk main..smpai nk suruh diorng ni senyap  pon susah..kene jerit dulu buat2 marah..baru la senyap sikit..haha..tu pon bising lagi..ape la adik2 ni..adik2 ni dtg dari latar yg berbeza..so perangai dorng pon berbeza-beza la..ade yg malu bila kiteorng suruh pegang tangan kiteorng..tp ade yg pegang smpai susah nk lepas balik..ahaha..

ni lah hafizan yg conduct utk ice breaking..haha
Lepas je sesi ais breaking..kiteorng wat tayang video..nk suruh
adik2 ni tgk..diorng punya la xcited nye..
kiteorng pasang video crazy frog..haha..budak2 mmg la suka dekat en.crazy fog ni..smpai ade yg mintak nk tgk lagi..haha..see betapa famousnye dy..video n sgt la bagus sebab tunjuk kan kat kita walau ape pon kesusahan yg datng..kite still kene bersemangat x mudah putus asa..kalau kita nk kn sesuatu..kita kene berjuang utk dptkn nye..x boleh putus asa..kiteorng bg adik2 ni tgk video tu sbb nk bg diorng terus rasa bersemangat walaupon diorng ade kekurang..dan diorng pon boleh berjaya mcm orng lain.

haha..tgk betapa xcited nye diorng tu..sila abaikan BUDAK YG DUK TENGAH TU..ahaha

Lepas abis tgk video..semua msuk dalam rumah..sesi pengajaran tentang solat..ajar diaorng cmne nk solat cari yg betul..rukun2 solat..hikmah solat..mcm2 lagi la..haha..lepas tu buat tarian si tommy..

tuan president ajar tarian si tommy..ahaha
semangat sungguh diorang semua..
ahaha..lepas je buat tarian si tommy semua berehat..penat kot..sementara nk tungggu makan tengah hari siap..kiteorng ngn adik2 ni pon tgk la cite SHREK..ahaha..ade adik ni smpai tertido..nmpak la sgt penat nye tu..lepas tu..makan tengah hari..utk mkan tgh hari ni..kiteorng tolong diorng masak..pssss..walaupon  aq x tolong..ahaha..bukan malas ea tp sebab da di bahagikan ikut group..ade group kene tolong masak..ade yg mewarna..ade yg LDK..haha..tp mmg lapar gile la..diorng masak pon sedap..soooo ape lagi..mkan la..haha..

ni lah tukang gorng ayam kita.. yihahhhh..
ni masa makan tengah hari..^_^

bukan adik2 je lapar..akak2 pon sama..

Lepas makan tengah hari & solat..bermula la sukaneka..acara yang di tunggu oleh semua..ahaha..mcm2 aktiviti kiteorang buat..main baling2 belon..cari gula2 dalam tepung..angkat getah guna straw..kelakar gile mase ni..kiteong ade yg kene jadi fasi untuk group adik2 ni..ahaha..semua permainan tu ade arahan dy..tp bila da stat semua arahan tu di abaikan..ahaha..masalah nye adik2 ikut je arahan tu..tp akak2 & abg2 fasi ni yg langgar arahan tu..best sgt time ni..kite dpat tgk yg budak2 ni hepy..time cari gula2 dlm tepung..kalau kita punya la tkut nk tiup tepung tu..takut masuk mata..tp adik2 ni..lepas je abis game tu..diorang amik tepung tu sapu abis 1 muka..ahaha..da gaye pape ntah..adoi adik2 ni.. k jom tgk gmbar time game ni..














tu semua muka2 gembira  dapat main..

Lepas je penat main..stat la sesi gotong-royong..da abis sepahkn tempat..sooo smpai la masenye nk kene kemas balik..haha..adik2 ni mmg rajin..lepas settle bersihkan semua..terus proceed dgn mjlis perasmian penutup..bagi2 hadiah utk adik2 ni semua..






adik2 ni wat persembahan utk kireorng..

Lepas je abis mjlis penutup..kiteorng sembahyang asar berjemaah..lepas tu da kene bersiap2  utk balik..sebelum balik sempat la ambik gambar dgn diorng as kenangan..











kami doakan agar adik2 akan terus gembira bia pon byk masalah..ingat yg semua orng boleh berjaya..asalkan kite berusaha bersungguh-sungguh..jangan mudah putus asa..setiap orng ALLAH dah tentukan rezeki masing2..so jgn takut..teruskan hidup.. SEMOGA KITE SEMUA BERJAYA DI DUNIA DI AKHIRAT..jumpa lagi..kalau bukan kat dunia..kite jumpa disyurga ye..insyaallah.aminnn..