Friday 10 August 2012

BuAt SaHaBaT TerSaYanG...

Sahabat,untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun. Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan.  Insya'Allah


Sahabat,persahabatan yang telah terbina ibarat dua jambatan yang menghubungkan antara dua benua, Jambatan itu akan terus kukuh jika ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak.  Insya'Allah



Sahabat, Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan berdaunkan 
KASIH SAYANG.


Sahabat, Mengenalimu satu kesyukuran, bergurau denganmu satu kebahagiaan, menyakiti hatimu akan ku elakkan.  Satu permintaan dariku semoga persahabatan kita berpanjangan.


Sahabat, Persahabatan itu seperti mata dan tangan.Ketika tangan terluka mata menangis. Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya. dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah.


Sahabat, Bergaullah dengan manusia sebaiknya, sehingga kalau kamu mati mereka tangisi.  Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.
SahabatApabila engakau ingin mengambil seseorang menjadi teman, maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu. Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadi sahabat.


SahabatSahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.


Sahabat, Terlalu sukar menjalinkan persahabatan kerana ia adalah pertautan hati,bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan perhubungan kebendaan semata.


Sahabat, Persahabatan yang akrab tidak dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.
Sahabat, Jika kamu bersahabat bersiap sedialah untuk berkorban demi sahabat kamu itu. Jika kamu bermusuhan dengan sahabat mu bersiap sedialah untuk mengalah demi persahabatan kalian.


Sahabat, Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pepasir di pantai, Tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pepasir itu.


 Sahabat, Apabila ingin bersahabat,janganlah kerana kelebihannya,kerana kemungkinan satu kekurangan darinya, kau mungkin akan menjauhinya




4 comments:

  1. terharunya gambar saya disitu...walaupun pandang entah ke mana hehehe...

    friendstilljannahyaw! ^-^

    ReplyDelete
  2. huhu..weh aq rindu korang sesgt..haha..nk nangis ase nih..>,<...

    ReplyDelete
  3. semu pandang mse depan..kesian kamera x di pandang pon..>,<

    ReplyDelete